dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Office Power Point

15 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 14 Oktober 2017, telah diadakan satu Kelas Kenali Microsoft Office Power Point yang telah di adakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felcra Sungai Ara. Kelas ini merupakan program kerjasama antara Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara dan pihak PI1M Felcra Sungai Ara. Tujuan Kelas Kenali Microsoft Office Power Point ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara menggunakan Microsoft Office Power Point dengan betul dan kelas ini merupakan sambungan kepada Program Kenali Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan pada bulan yang lepas.

Mereka telah diterangkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Power Point dan cara untuk membuat silde dengan betul. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memasukan gambar ke dalam slide. Setelah selesai penerangan berkaitan dengan Microsoft Office Power Point, mereka dikehendaki untuk membuat slide berkaitan tempat-tempat menarik di Negeri Johor. Program ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 1.30 petang dan telah berakhir pada jam 3.30 petang. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa orang ahli Pi1M Felcra Sungai Ara. Di akhir kelas ini, setiap ahli Pi1M yang terlibat dapat memahami tentang fungsi-fungsi dan cara untuk membuat silde dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Power Point.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.