Kelas E-Learning QR Code Generator

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, telah diadakan satu Kelas E-Learning QR Code Generator yang telah di laksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama tiga jam bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan dalam menghasilkan QR Code ini dengan mudah dan percuma.

Mereka boleh mencari QR Code Generator di Google dengan mudah. Mereka boleh menukarkan teks, gambar, url, e-mail, facebook, pdf dan juga sms dalam bentuk QR Code. Setelah siap, QR Code itu boleh di imbas dengan menggunakan aplikasi pengimbas QR Code seperti QR Code Reader dan juga QR & Barcode Scanner.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali