Kelas E-Learning Latih Tubi Matematik SPM

19 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 18 November 2018, telah diadakan satu Kelas E-Learning Latih tubi Sejarah SPM yang telah diadakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 5 yang merupakan calon SPM daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi (SMKBKT). Tujuan Kelas E-Learning Latih tubi Matematik SPM ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran secara atas talian.

Manfaat yang akan diperolehi di dalam Kelas ini, mereka mengetahui cara untuk membuat latihan secara atas talian dengan menggunakan internet sebagai sumber rujukan. Dengan adanya kemudahan internet ini, akan memudahkan mereka untuk mencari pelbagai jenis latihan yang berkaitan dengan SPM. Selain itu, mereka juga boleh melihat tahap kefahaman mereka dalam sesebuah subjek selepas selesai membuat latihan. Dengan ini, pembelajaran di atas talian ini sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar jika ianya digunakan dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali