Kelas Microsoft Office Word

21 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 20 September 2018 telah di adakan satu Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word.

Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Word. Setelah selesai penerangan, mereka di minta untuk membuat beberapa latihan menaip. Mereka di ingatkan agar menaip dengan ejaan yang betul, menggunakan tanda baca yang betul dan mengikut format yang betul. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan latihan dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali