Kelas E-Learning Frogvle

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2018, telah diadakan satu Kelas E-Learning Frogvle yang telah diadakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 4.00-petang dan telah berakhir pada jam 6.00 petang. Tujuan kelas ini diadalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara penggunaan dan juga fungsi laman frogvle kepada pelajar.

Di dalam kelas ini, para pelajar telah diberikan kata nama dan juga kata laluan untuk memasuki laman Frogvle. Setelah berjaya memasuki laman Frogvle, mereka boleh mengemaskini laman Frogvle mereka sendiri dengan mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, di laman Frogvle ini juga, guru-guru boleh menghantaran latihan dan juga nota ulang kaji kepada setiap pelajar mengikut kelas masing-masing.

Dengan adanya laman Frogvle ini, akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini. Antara latihan yang dilakukan di laman frogvle ini adalah latihan Bahasa melayu dan Bahasa inggeris. Di akhir kelas ini, mereka di minta untuk menggunakan laman Frogvle dengan sebaiknya agar ilmu yang disampaikan oleh guru-guru dapat digunakan dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali