Kelas E-Learning Quizizz

06 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 05 Oktober 2018 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz dalam pelajaran terutamanya di dalam subjek bahasa melayu.

Di awal kelas ini, mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk mendaftar masuk kedalam laman Quizizz adalah dengan menggunakan e-mail atau akaun Google. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan quiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak.

Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Di dalam kelas pada kali ini dengan tema bahasa melayu, mereka di minta untuk menjawab quiz berkaitan peribahasa, simpulan bahasa, pemahaman dan banyak lagi. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya menjawab soalan dalam subjek bahasa melayu dan telah memahami cara penggunaan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali