Kelas E-Learning Quizizz

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 06 Oktober 2018 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz dalam pelajaran terutamanya di dalam subjek sains.

Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan quiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak.

Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Di dalam kelas pada kali ini dengan tema sains, mereka di minta untuk menjawab quiz berkaitan sistem perkumuhan, berkaitan haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan banyak lagi. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya menjawab soalan dalam subjek sains dan telah memahami cara penggunaan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali