Program E-Learning Bersama TAJ

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 11 Ogos 2018 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama TAJ yang telah di laksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pengenalan huruf asas ABC dan suku kata dengan menggunakan kad interaktif. Program ini merupakan sambungan daripada program yang lepas. Dalam program kali ini, hanya melibatkan pelajar berumur 5 tahun sahaja. Program ini di mulakan paparan kad interaktif dan pelajar-pelajar menyebut bersama-sama huruf dan suku kata yang terdapat di kad interaktif tersebut secara berulang-ulang. Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal huruf ABC dan di minta untuk menulis huruf yang di sebut di papan putih.

Selain itu, mereka juga diberikan latihan menulis dan mewarna huruf ABC berserta dengan gambar. Dengan ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam mengenal huruf ABC daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar didalam diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali