Program Jom Laris Raya Bersama Maxis

01 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 31 Mei 2018 telah diadakan satu Program Usahawan Secara Digital iaitu Program Jom Laris Raya anjuran Maxis dengan kerjasama Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program yang melibatkan usahawan tempatan dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan telah berakhir pada jam 2.00 petang. Di dalam program ini, semua tenaga pengajar merupakan daripada pihak Maxis yang di kenali sebagai M-Squad.

Di antara pengisian didalam program ini adalah berkaitan dengan media sosial seperti Facebook dan juga Instagram yang akan digunakan sebagai platform untuk memasarkan barangan jualan dan juga perkhidmatan. Selain itu, para usahawan juga diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan mencipta kandungan dalam menghasilkan iklan yang akan dapat menarik perhatian pelanggan atau pengguna sesuatu produk.

Seterusnya, mereka juga diberikan pendedahan berkaitan dengan teknik fotografi yang betul dan menarik untuk mempromosikan barangan jualan mereka. Dengan adanya program keusahawan seperti ini, ianya akan membantu lebih ramai lagi usahawan tempatan memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan akan dapat mewujudkan lebih ramai usahawan di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali