Kelas Media Sosial – Instagram

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 12 Mei 2018 telah diadakan satu Kelas Media Sosial: Instagram. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00-tengah hari. Di dalam kelas instagram pada kali ini hanya melibatkan ahli Pusat Internet yang aktif sahaja. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan panduan dalam menggunakan laman Instagram. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan tentang cara untuk membuat akaun instagram. Langkah yang pertama untuk membuka akaun instagram, mereka perlu membuat akaun e-mail terlebih dahulu atau menggunakan nombor telefon.

Mereka boleh menggunakan google mail, yahoo mail dan sebagainya. Apabila e-mail tersebut telah di buat, mereka perlu mengisi butiran yang di perlukan seperti nama, alamat e-mail dan juga kata laluan untuk akaun instagram tersebut. Setelah selesai mengisi butiran tersebut, mereka boleh mendaftar masuk ke akaun instagram tersebut. Mereka juga telah di ingatkan supaya tidak melakukan sesuatu di media sosial yang boleh mendatangkan keburukan kepada mereka sendiri. Selain itu, mereka perlu sentiasa berhati-hati ketika menggunakan media sosial dan sentiasa menggunakan perkataan yang baik ketika melayari media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali