Kelas Multimedia Adobe Photoshop

04 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 03 Ogos 2018 telah diadakan satu Kelas Multimedia Adobe Photoshop yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 4.00 petang dan telah berakhir pada jam 6.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunakan Adobe Photoshop.

Kelas ini telah dimulai dengan penerangan berkaitan cara untuk memadam latar belakang yang terdapat didalam sesebuah gambar. Mereka di minta untuk memilih gambar yang berkaitan bagi memadamkan latar belakang gambar tersebut. Di photoshop, mereka boleh memilih untuk menggunakan eraser tool, background eraser tool, dan juga magic eraser tool. Mereka boleh memilih salah satu tool yang terdapat diphotoshop ini mengikut jenis latar belakang yang ingin di padam.

Jika latar belakang yang ingin dipadam sekata dan mudah untuk dipadam, mereka boleh menggunakan magic eraser tool kerana dengan satu klik sahaja mereka boleh menghilangkan latar belakang dengan mudah. Jika latar belakang yang ingin dipadam agak sukar, mereka boleh menggunakan eraser tool sahaja. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menguasai cara untuk memadam latar belakang dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali