Kelas Media Sosial – Wix.com

04 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 03 Ogos 2018 telah diadakan satu Kelas Media Sosial – Wix.com yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas media sosial ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk membina laman web dengan mudah dan percuma dengan menggunakan www.wix.com. Pelayar web yang sesuai yang dicadangankan untuk membuka www.wix.com ini ialah Google Chrome atau Opera.

Apabila telah membukanya di Google Chrome atau Opera, mereka perlu klik “Sign In” dan klik “Sign Up”. Kemudian sediakan akaun google dan “Continue with Google” jika masih tiada akaun google, mereka perlu membuka akaun google terlebih dahulu. Setelah berjaya “Sign Up” menggunakan akaun google tersebut, akan dipaparkan “Create Your Website”. Klik pada “Create Your Website” dan pilih jenis laman yang bakal dibina mengikut kehendak masing - masing.

Kemudian, akan keluar menu dan untuk memudahkan mereka mencipta laman web, mereka dicadangkan untuk memilih “Start with Wix ADI”. Selepas itu, Klik “Start with ADI” dan mereka boleh meletakkan nama pada laman web mereka. Kemudian, mereka perlu mengunggu Wix untuk membantu mencipta laman web asas. Setelah keluar menu, klik “Create My Homepage” dan versi awal laman web mereka telah siap. Mereka boleh mengemaskini laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Diakhir kelas media sosial ini, mereka telah berjaya membina laman web mereka sendiri dengan menggunakan Wix.com.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali