Kelas Microsoft Office Word

15 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 14 Ogos 2018 telah di adakan satu Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sebuah surat rasmi.

Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Word dan juga penerangan berkaitan format yang terdapat di dalam surat rasmi. Setelah selesai penerangan, mereka di minta untuk membuat beberapa latihan berkaitan dengan surat rasmi yang telah diberikan.

Mereka di ingatkan agar menaip dengan ejaan yang betul, menggunakan tanda baca yang betul dan mengikut format yang betul. Mereka perlu mengikut format pada surat yang telah diberikan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan beberapa surat rasmi dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali