Kelas Microsoft Office Word

16 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 15 Ogos 2018 telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sesebuah resume.

Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan resume dengan menggunakan Microsoft Office Word. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan resume.

Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan resume dengan merujukan contoh resume yang telah diberikan. Di akhir Kelas Microsoft Office Word ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah resume ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali