Kelas Microsoft Office Word

17 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 16 Ogos 2018, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sesebuah borang. Kelas Microsoft Office Word ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 4.00 petang.

Di awal kelas ini, beliau telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan sesebuah borang dengan format yang betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Beliau juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan sesebuah borang.

Selesai penerangan, beliau diberikan latihan menghasilkan satu borang dengan merujukan contoh format yang telah diberikan. Di akhir Kelas Microsoft Office Word ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah borang ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali