Program Cuti Sekolah - Biodata Diri

7 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 06 Disember 2018, telah diadakan satu Program Cuti Sekolah - Biodata Diri yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Internet Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara membuat biodata diri serta cara untuk menaip dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Program ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Di dalam program ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Terdapat pelbagai fungsi di dalam Microsoft Office Word antaranya menukar pelbagai jenis font, memasukan jadual, gambar dan lain-lain lagi. Program ini telah dihadiri oleh komuniti dan pekerja Perpustakaan Desa yang ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan ICT. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara membuat biodata diri, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan biodata diri mereka sendiri. Di akhir program ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan biodata diri serta dapat meningkatkan kemahiran menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali