Hari Terbuka Pusat Internet Felcra Sungai Ara

01 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mei 2018, telah diadakan Hari Terbuka Pusat Internet Felcra Sungai Ara yang telah dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Hari Terbuka Pusat Internet ini telah berjaya dilaksanankan dengan kerjasama Perpustakaan Desa, Mini RTC, AJK Masjid Jamek Felcra Sungai Ara, Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara dan Komuniti di perkampungan Felcra Sungai Ara. Program Hari Terbuka Ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Tujuan Program Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet Felcra Sungai Ara kepada komuniti setempat dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan dan latihan ICT serta keusahawanan yang di tawarkan. Di dalam Program Hari Terbuka ini, pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antara ialah pameran produk usahawan tempatan,pameran mini ayam hiasan, pertandingan mewarna, Typing Speed Challenge dan banyak lagi. Antara pertandingan yang di adakan bertujuan untuk melihat potensi yang ada pada diri individu itu sendiri seperti typing speed challenge.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali