Program Khas Bersama OKU

7 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 6 Mei 2018, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Program Khas Bersama OKU ini merupakan Program Kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara dan Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Manfaat yang diperolehi daripada Program Khas Bersama OKU ini antaranya golongan OKU akan sentiasa mendapat maklumat terkini berkaitan ICT dan internet sama seperti orang lain supaya mereka dapat mengetahui perkembangan terkini. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Pada Program khas pada kali ini, beliau telah di berikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word. Beliau telah di berikan latihan menaip dengan menggunakan Microsoft Office Word.

Dengan menggunakan Microsoft Office Word, beliau dapat belajar cara untuk membesar dan mengecilkan size pada font serta cara untuk menyeleraskan teks agar menjadi lebih kemas. Selain itu, beliau juga belajar cara untuk memasukan gambar kedalam Microsoft Office Word. Di akhir program ini, beliau berjaya menyiapkan latihan yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali